Tuesday, May 5, 2009

KEsoh Momok kat PesawaT.... huahauhau *ketawa jaHat



Di dalam dunia yang serba moden ini, masih ada mahkluk ganjil yang wujud. Ini bukan rekaan, tetapi betul2 (*pecayala...).


Ehem3.Pada satu malam yang dingin di Lapangan Terbang KLia, Malaysia, koi bekerja seperti yang koi lakukan sehari-harian iaitu menguruskan kargo dalam pesawat. Angin cukup sejuk kerana pada waktu itu musim sejuk (*mengigil2 wooo). Tepat pada 7.30 malam, pesawat ku berlepas ke Hong kong. Seperti biasa, koi bersama kakitangan pesawat yang lain menjalankan tugas masing masing dalam cockpit pesawat.


Selepas dua jam penerbangan, Kapten Jan, seorang warga belanda, yang mengetuai pesawat tersebut, mengarahkan koi ke ruang kargo dibahagian bawah untuk memeriksa muatan. Itu adalah kerja koi sehari harian.Apabila koi berada dibawah, koi ternampok seorang gadis cantik di hadapan (*Rozita Che wan ke ni?) mak jan lagi... hehe.. ok sambung... Aku menjadi tergamam sebentar. Koi tidak dapat berbuat apa apapun kecuali hanya merenung ke arahnya. (*Awek cun kan...)


Dengan perlahan lahan koi mundur ke belakang untuk menelefon kapten Jan dan memberitahunya apa yang terjadi(* da seram2 sejuk time ni). Sebentar kemudian, Flight Engineer, Ronni, teman sekampung koi dari Banting, turun kebawah untuk menyiasat. Koi melihat Ronnie terpaku seketika. Kami berdua seolah olah dipaku oleh makhluk itu. Tidak lama kemudian gadis itu hilang. Hilang didepan mata tanpa meninggalkan apa apa kesan.


Kami terus naik ke cockpit untuk membuat laporan. Koi kira itu hanya suatu lintasan( * bak kata orang seekers). Tetapi tidak lama kemudian Kapten Jan bertanya kepada juruterbang kedua sama ada beliau terdengar apa apa seperti suara seorang perempuan. Menurutnya, ada orang memanggil manggil namanya melalui headphone. Alat itu hanya boleh didengar antara kami dengan menara kawalan. (*peh demm...meremang ooo...cuba mu dalam kapaltebang?)


Setelah Kapten Jan mengalaminya sendiri, beliau memberitahu anak anak kapalnya agar jangan keluar dari cockpit sehingga pesawat sampai ke Hong Kong. Pelik tapi benar, dizaman yang serba modern ini, masih ada makhluk seperti itu wujud. Tetapi bagi dirikoi, manusia tidak seharusnya takut pada semua itu semua kerana darjat manusia labih tinggi dari mereka. Namun hingga ke saat ini, koi masih ingat lagi peristiwa itu. Dari mana gadis itu datang, dan kemana dia menghilang, dan siapakah dia sebenarnya?


Bacalah citer pedooh koi yang tak bape best ni ye...



kekekenuexkekeke

2 comments:

  1. boley pecaye ke cite ko nih? muahahaha

    ReplyDelete
  2. huh! membazirrrr...jom mkn jambu jom..dgr cite yg meniage jambu tu pon mak jan..hah! ape lg...

    ReplyDelete