Wednesday, May 20, 2009

KesoH Koi dan Antu Rimau..





Di dalam sebuah kampung telah kecoh dgn kehadiran satu spesis "Harimau Jadian Tanpa Kepala" telah merayau di kampung tersebut hampir setiap malam(takut tak?).Penduduk kg tersebut jadi takut dgn kejadian tersebut.



Satu malam,ada seorang lelaki yang mempunyai ilmu berhadapan dgn spesis tersebut telah pergi menjejak "harimau jadian" tersebut.Nama lelaki tersebut Tok Moh Senuetkkekeke(TMS).
Malam tu,TMS telah bersiap sedia dgn kelengkapan yang telah biasa dia bawa apabila hendak berurusan dgn sebarang jenis spesis yang menakutkan.



Dipendekkan cerita,malam tu memang TMS bertemu dgn makhluk tersebut..Apa lagi,TMS pun stanby la dgn kelengkapan yang dibawa dismping mulutnye terkumat-kamit membace jmpi serapah dan kadang2 sampai tersasul.

ehem2 "Nawaitu sauma ghodin... eh silap... rabbana atina fiddunya hasanah... silap lagi... marang prapu keponden...parangg sketeper...."







Belum sempat ape-ape lagi...."harimau jadian" tersebut merayu sambil berkata..............
"Tolongla i. i bukan nak ganggu u all penduduk kg disini........
Tapi i cume nak cari kepala i yang hilang.....
I tau dimana kepala kat mana ia berada....cume...

aku nak mintak tolong dgn ko amik kepala aku coz aku x boleh pergi sebab x nampk...
Tolongla aku(sambil berlutut & merayu) aku merayuuuu pada mu yang sudiiii *sambil nyanyi........."


TMS pun bertanyela dimana kepala "harimau jadian tu"
















"Harimau jadian" tu pun berkata........................

ADA KAT MAYBANK..ADEKE KEPALA AKU DI BUAT LOGO....





lalu dia berkawan la ngan TMS tu smpai kang.... ye dok...

Tuesday, May 19, 2009

precious film

precious film...

sayangilah orang di sekeliling anda..

renung2kan da slamat beramal...

Thursday, May 7, 2009

KEsoh MAt rempit pulok...




wengg.........! weng.........! weng...........!


Satu lagi malam kemenangan buat Sugiman Bin Wahid. Terbeliak mata dia mengira sen yang dimenanginya setelah mengalahkan Saripudin MAt Pilus dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Sugiman Bin Wahid yang bahawasanya cik Ani, antara gadis yang paling top kat kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.


Didakapnya Sugiman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga dia,"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..." aduhh behnyee... Jari jemari Sugiman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya.(ngilu....)


Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin Yamaha Sport cluth tgnnyanya lantas laju Sugiman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya."oit Sugiman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."Kata Lips, rakan karib Sugiman kepada dirinya sendiri.


Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh encik Sugiman ni. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan ."Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..(Slurppp....slurppp).


"Fikir di dalam hatinya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaan top 10 neskapit.


Makin dekat mereka ke rumah, makin kuat debaran hati nya. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya."Ha..baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang nak mandi jap...""Ala bang , tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."Gedegang! Topi keledar yang dipegang terjatuh dek pujuk rayu Ani.Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya.


Berderau darah melihat Ani yang cun baekkkk. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore .(Explorace time...)



Tiba-tiba.............................










"Tok! Tok! Tok!"Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri beliau."Jais... Jais..."Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.Dia terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri;sambil baca doa cam p.ramlee.... alamak....! takde tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Sugiman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya."T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang cuba ga.....ga...gayut kat sini..."Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,"Ni rumah encik Jais ke?"Ani tergamam.






"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, Sian....Sugiman.... tergolek dok kat bawah.... nasib baik tak mati.... hehe




Moral: Jangan galok sangat mu ni.... ye dok?

Tuesday, May 5, 2009

KEsoh Momok kat PesawaT.... huahauhau *ketawa jaHat



Di dalam dunia yang serba moden ini, masih ada mahkluk ganjil yang wujud. Ini bukan rekaan, tetapi betul2 (*pecayala...).


Ehem3.Pada satu malam yang dingin di Lapangan Terbang KLia, Malaysia, koi bekerja seperti yang koi lakukan sehari-harian iaitu menguruskan kargo dalam pesawat. Angin cukup sejuk kerana pada waktu itu musim sejuk (*mengigil2 wooo). Tepat pada 7.30 malam, pesawat ku berlepas ke Hong kong. Seperti biasa, koi bersama kakitangan pesawat yang lain menjalankan tugas masing masing dalam cockpit pesawat.


Selepas dua jam penerbangan, Kapten Jan, seorang warga belanda, yang mengetuai pesawat tersebut, mengarahkan koi ke ruang kargo dibahagian bawah untuk memeriksa muatan. Itu adalah kerja koi sehari harian.Apabila koi berada dibawah, koi ternampok seorang gadis cantik di hadapan (*Rozita Che wan ke ni?) mak jan lagi... hehe.. ok sambung... Aku menjadi tergamam sebentar. Koi tidak dapat berbuat apa apapun kecuali hanya merenung ke arahnya. (*Awek cun kan...)


Dengan perlahan lahan koi mundur ke belakang untuk menelefon kapten Jan dan memberitahunya apa yang terjadi(* da seram2 sejuk time ni). Sebentar kemudian, Flight Engineer, Ronni, teman sekampung koi dari Banting, turun kebawah untuk menyiasat. Koi melihat Ronnie terpaku seketika. Kami berdua seolah olah dipaku oleh makhluk itu. Tidak lama kemudian gadis itu hilang. Hilang didepan mata tanpa meninggalkan apa apa kesan.


Kami terus naik ke cockpit untuk membuat laporan. Koi kira itu hanya suatu lintasan( * bak kata orang seekers). Tetapi tidak lama kemudian Kapten Jan bertanya kepada juruterbang kedua sama ada beliau terdengar apa apa seperti suara seorang perempuan. Menurutnya, ada orang memanggil manggil namanya melalui headphone. Alat itu hanya boleh didengar antara kami dengan menara kawalan. (*peh demm...meremang ooo...cuba mu dalam kapaltebang?)


Setelah Kapten Jan mengalaminya sendiri, beliau memberitahu anak anak kapalnya agar jangan keluar dari cockpit sehingga pesawat sampai ke Hong Kong. Pelik tapi benar, dizaman yang serba modern ini, masih ada makhluk seperti itu wujud. Tetapi bagi dirikoi, manusia tidak seharusnya takut pada semua itu semua kerana darjat manusia labih tinggi dari mereka. Namun hingga ke saat ini, koi masih ingat lagi peristiwa itu. Dari mana gadis itu datang, dan kemana dia menghilang, dan siapakah dia sebenarnya?


Bacalah citer pedooh koi yang tak bape best ni ye...



kekekenuexkekeke

Monday, May 4, 2009

KEsoh Jelmaan penunggu UmoH... jage2 Mu




Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri.


Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang.


Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya.


Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. "kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya "dia" masih taknak lepaskan rumah ini". Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab.


Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu.


P/s : watak adalah rekaan semata2...koi saje nak bcerita je ni..